BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 19, 2010

1.0 Pengenalan Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986,1977, 1998, 2000). Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai “Teori kognitif sosial” oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya;sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah Albert Bandura,Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.

2.0 Biodata Albert Bandura dan Sumbangannya

Albert Bandura merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat terkenal kerana
Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Model. Bukunya yang bertajukAdolescent
Aggression (1952) dan Social Learning and Personality Development (1963) menguatkan
lagi hujah-hujahnya. Beliau juga telah melanjutkan lagi pendapatnya dengan
mengemukakan Teori Perubahan Tingkah Laku dalam bukunya yang berjudulPr inciples
of Behavior Modification(1969).

Albert Bandura telah dilahirkan pada 4 Disember 1925 di sebuah perkampungan kecil di sebelahutara Alberata, Kanada. Beliau merupakan anak lelaki tunggal dan mempunyai 5 orang kakak. Bapanya seorang petani yang berasal dari Poland. Beliau memasuki sekolah tinggi yang mempunyai 2 orang guru dan 20 orang pelajar. Pada tahun 1949, Bandura mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia. Beliau mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada Universiti Iowa pada tahun 1952. Setelah tamat pengajiannya, beliau telah bekerja di Fakulti Psikologi di Universiti Standford dan menjadi Profesor sepenuh masa pada tahun 1964. Beliau bertugas sebagai Profesor Psikologi di Universiti di Universiti Stanford sehingga kini (Moore, 2002). Beliau telah berkahwin dengan Virginia Varns dan mempunyai dua orang anak perempuan, iaitu Carol dan Mary.

3.0 Kajian dan konsep-konsep yang dikemukakan oleh Bandura

Konsep Triadic Deterministic Timbal Balik

Bandura bersetuju dengan pendapat Rotter yang mempercayai bahawa tingkah laku adalah hasil gabungan kompleks antara proses dalaman dengan pengaruh persekitaran (Bandura, 1971; Ryckman 1997). Proses dalaman ini adalah berasaskan pengalaman lepas individu yang boleh diukur dan peristiwa yang jelas. Jadi, pengalaman lepas individu dalam bentuk ingatan akan mempengaruhi tingkah lakunya pada masa akan datang.

Bandura telah mengasaskan konsep Triadic Deterministic Timbal Balik yang menyatakan bahawa faktor kognitif dan peribadi, tingkah laku dan persekitaran yang saling berhubung kait dan mempengaruhi antara satu sama lain (Bandura, 1986; Ryckman 1997). Bandura berpendapat bahawa cara seseorang bertindak terhadap peristiwa dalam hidupnya bukan secara kebetulan tetapi secara aktif membina dan berusaha mengubah persekitaran mereka. Peristiwa yang dialami dan diingati oleh seseorang akan mementukan peristiwa-peristiwa baru yang mendapat perhatiannya dan menentukan bagaimana cara seseorang menginterprestasi, megorganisasi dan bertindak menangai peristiwa tersebut (Bandura, 1978; Ryckman, 1977). Maklum balas ke atas tingkah laku yang dipamerkan, sama ada positif dan negatif akan mempengaruhi pemikiran seseorang dan cara bertindak terhadap situasi yang dihadapinya.

Contoh yang dapat menjelaskan interaksi antara faktor kognitif, peribadi, tingkah laku dan persekitaran adalah tabiat atau kebiasaan seseorang apabila dia menonton televisyen. Minat dan kebiasaan sesorang akan membantunya memilih masa dan program yang sesuai pada masa hadapan. Cara program televisyen dirancang akan membentuk tabiat dan menentukan program yang diminati seseorang.

Sistem Kawalan Kendiri (Self Regulation)

Kawalan kendiri merupakan situasi seseorang individu yang mempunyai pendapat sendiri atau prinsip tingkah laku yang patut dan tingkah laku tidak patut dalam situasi dan tindakan yang diambil untuk mengatasi situasi tersebut berdasarkan prinsip yang dipegang. Konsep dalam kawalan kendiri ialah menetapkan satu piwaian atau ukuran, pemerhatian kendiri, penilaian kendiri dan reaksi terhadap diri. Langkah pembinaan kawalan kendiri terdapat tiga proses iaitu

Pemerhatian ke atas diri sendiri(Self observation)

Manusia sering mengkaji dirinya dan tingkah lakunya dan memeriksa tindakan-

tindakan yang telah dilaksanakan.

Penilaian(Judgment)

Manusia akan membandingkan tingkah laku yang telah dilaksanakan dengan tingkah

laku piawai seperti yang dikehendaki oleh masyarakat.

Respon kendiri. ( Self response)

Seseorang akan memberi ganjaran kepada dirinya jika dia berasa tingkah lakunya

yang baik.
Pengaplikasian dalam P&P : Sebagai contoh, bapa telah membelikan saya sebuah
handphone kerana saya mendapat 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR).

Teori Modeling atau Kognitif Sosial oleh Bandura

Bandura telah memperkenalkan Teori Pembelajaran Sosial, iaitu bagaimana seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat menerima pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja berlaku secara pelaziman klasik dan operan yang mementingkan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) tetapi juga melalui peniruan.
Apabila tingkah laku seseorang itu ditiru, orang itu secara spontan menjadi model
kepada si peniru. Oleh itu, modeling dan peniruan model merupakan unsur terpenting.
Satu kajian yang popular oleh Bandura adalah kajiannya ke atas kanak-kanak yang
membuat pemerhatian ke atas tingkah laku orang dewasa

4.0 Eksperimen Permodelan Bandura

Pada tahun 1963 Bandura dan walter telah menjalankan kajian kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi, menendang dan duduk atas patung Bobo, menumbuk sambil menjerit-jerit ‘sockeroo’.Bandura telah menayangkan video tersebut kepada kanak-kanak tadika. Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik permainan yang terdapat patung seperti Bobo di situ. Apabila kanak-kanak tersebut nampak patung itu, mereka pun melakukan aksi- aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayan
gan tadi. Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru. Orang yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru.



Gambar rajah menunjukan tingkah laku peniruan hasil daripada peneguhan

Hasil Eksperimen


Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, kartun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkahlaku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik berkenaan.


KUMPULAN A


Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo.Hasilnya, Meniru apa-apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.

KUMPULAN B


Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar.Hasilnya,
tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A

5.0 Teori Pembelajaran Peniruan dan pengaplikasian dalam P&P

Bandura seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.
“Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from
observing others and gradually acquire control over their own behavior’
( Bandura 1986, 1997 )

Proses-proses yang terlibat dalam teori pembelajaran peniruan adalah

Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.

Contohnya, guru mendemonstrasi cara membeli ikan dipasar ketika mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu darjah 5, di mana memerlukan pergerakan sebagai watak pembeli dan penjual yang sedang berurus niaga dipasar dan pelajar diminta berlakon dan meniru secara langsung.

Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.

Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut.

Proses tiruan melalui elisitasi,proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.

Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu timbul keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginannya untuk meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.

6.0 Analisis SWOT Teori Pembelajaran Sosial

Analisis SWOT merupakan singkatan bahasa Inggeris daripada strenghts, weakness, opportunities, dan threats adalah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam suatu projek. Teknik ini dibuat oleh Albert Humphrey yang mengetuai projek penyelidikan di Universiti Stanford pada dekad 1960-an dan 1970-an dengan menggunakan data dari syarikat-syarikat Fortune 500.

KEKUATAN

Teori sosial ini merupakan salah satu teori dimana seseorang individu itu belajar melalui pemerhatian atas tingkah laku atau perbuatan seseorang.

Komunikasi antara murid dan guru berlaku.

Perbuatan positif yang ditiru oleh murid akan menjadikan mereka turut memiliki sifat positif.

Murid dapat berkongsi idea, pengalaman bersama rakan tentang sesuatu perkara yang diperhatikan.

KELEMAHAN

Murid akan meniru sesuatu tingkah laku sekiranya diberi ganjaran.

Murid mudah terpengaruh dengan tingkah laku orang disekeliling mereka.

Kanak-kanak menjadi agresif setelah mereka meyaksikan suatu perbuatan agresif atau ganas.

PELUANG ATAU KESEMPATAN

Tahap kemampuan murid untuk memperolehi sesuatu perkara adalah berbeza mengikut tahap pemahaman mereka.

Murid dapat mempelajari sesuatu mengikut tahap kebolehan mereka.

ANCAMAN

Murid hanya mengharapkan ganjaran sebelum melakukan sesuatu perkara.

Hanya guru boleh membuat keputusan dan bukan murid