4.0 Eksperimen Permodelan Bandura
Pada tahun 1963 Bandura dan walter telah menjalankan kajian kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi, menendang dan duduk atas patung Bobo, menumbuk sambil menjerit-jerit ‘sockeroo’.Bandura telah menayangkan video tersebut kepada kanak-kanak tadika. Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik permainan yang terdapat patung seperti Bobo di situ. Apabila kanak-kanak tersebut nampak patung itu, mereka pun melakukan aksi- aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayangan tadi. Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru. Orang yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru.
Hasil Eksperimen
Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, kartun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkahlaku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik berkenaan.
KUMPULAN A
Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo.Hasilnya, Meniru apa-apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.
KUMPULAN B
Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar.Hasilnya, tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A

0 comments:
Post a Comment